0

Hopes & Fears

Posted by Ennosuke Ajibana on Friday, October 13, 2006
Aku ingat tadi nak pasang linux kat laptop Compaq Omnibook XE2 yg dah lama 'bermastautin' kat bilik aku ni. tak pasti lagi nak distro apa tapi kalau nak pasang aku rasa aku akan pilih antara Slackware ataupun Debian. fikir punya fikir, RAM dia dah 64MB jer pastu hdisk lagi 6gb lebih. herm....

Aku dah makin dirasuk oleh lagu Canon D (original oleh Johan Pachelbel). mcm2 variation yg dah jumpa tapi yg paling best gak aku dgr setakat ni oleh mamat George Winston. Sedap giler dia goreng lagu tu.

Lapar pulak... nak gi makan dulu!

0

Kes Pendrive Hangus

Posted by Ennosuke Ajibana on Monday, September 25, 2006
minggu lalu jer 2 bijik pendrive aku hangus. satu 128MB Kingston (dah 3 tahun aku jaga benda ni) satu lagi 1GB (tak tau apa jenama) - member aku punya. yg kingston tu aku cucuk kat front USB pc customer. mungkin connector ke mobo tu technician pasang terbalik. yg satu lagi ni aku pasang kat pc yg aku pasang sendiri (kat front usb gak). terus bau hangus... (aku buka balik pc tu tgk connector dlm tu betul jugak... huhu!)

pengajaran : jgn cucuk pendrive kat front usb tak kira la pc siapa!

kena cari pendrive la lepas gaji ni...

0

House In The House!

Posted by Ennosuke Ajibana on Friday, September 08, 2006
House dah muncul balik... season 3. sebenarnya 5 haribulan tu lagi (siap letak reminder dlm handfon aku). hugh laurie memang excellent dlm tu.. layak la dia dlm award :

"HOUSE has received an Emmy Award for creator and executive producer David Shore (Outstanding Writing for a Drama Series) and a Golden Globe Award for Hugh Laurie (Best Performance by an Actor in a Television Series) and, most recently, an Emmy nomination for Outstanding Drama Series. In its second season, the show was honored by the American Film Institute as one of the TV Programs of the Year and received the Peabody Award for Best of Electronic Media in 2005 and the 2006 Humanitas Prize, honoring Shore." -FOX.com-

Dia punya sarcasticsm, childish, ignorant tapi sifat "peduli-apa-org-fikir-yg-penting-aku-buat-kerja-aku-dgn-betul" tu yg paling best.


0

Mari Men'smash' Stack!

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, September 07, 2006
Aku rasa benda ni yang mulakan semua...

http://insecure.org/stf/smashstack.html (The Everpopular 'Smashing The Stack For Fun & Profit by Aleph One) <-- yg ni dah di'mirror' kat insecure.org. paper sebenarnya ada dlm phrack.org.

By Vangelis (aku rasa dia ni org Korea) :

http://neworder.box.sk/newsread.php?newsid=13007
http://neworder.box.sk/newsread.php?newsid=12476
http://neworder.box.sk/newsread.php?newsid=11535

Ader satu paper lagi oleh Zarul Shahrin tapi link ke site dia tu dah down.

Ni pulak dari Debian-Administration (http://www.debian-administration.org/articles/408)

--->8--cut here----

Note:

Starting sometime in the life of the Linux 2.6.x kernel series a new security measure was introduced, to randomise heap addresses. If you're running such a kernel all of these examples will fail.

To disable this protection run:

root@desktop:~# sysctl -w kernel.randomize_va_space=0

This will allow you to experiment with buffer overflows, whilst avoiding the need to use advanced exploitation techniques. (Which can be a lot of fun if you're bored :)

---8<--cut here----

ntah sebab apa aku minat sangat kat benda ni walaupun tak berapa faham sangat. yang aku faham mcm ni jer...

stack ni tempat simpan memori (memory buffer) yg ader prinsip LIFO (Last-In-First-Out). bila stack tu dah penuh, dia akan overflow (org sengaja buat dia penuh). time ni la dia akan jadi gila & org ambil kesempatan inject satu code (biasanya shellcode) utk membolehkan dorg run sesuatu program (biasanya shell) dgn root privilige. best...!

0

Assignment Lagi...

Posted by Ennosuke Ajibana on Tuesday, September 05, 2006
Baru dapat 3 lagi soalan assignment OUM. 2 kertas tu mcm senang jer cuma soalan 'aplikasi multimedia' tu mungkin lambat sikit nak siapkan - guna macromedia director. aku dah lama tak sentuh benda tu. kena buka balik kepala ingat mcm mana nak guna.

subtitle citer 'windstruck' tu tak siap lagi. aku ingat nak tukar gi BM pastu convert movie tu gi vcd format. kat opis tengah download lagi citer my sassy girl.



suka sangat tengok rupa awek korea ni - Jeon Ji-Hyeon


komputer aku ni dah bertabiat. lembap giler nak run program... nak cuba restart dulu!

0

Late Nite Blues...

Posted by Ennosuke Ajibana on Sunday, September 03, 2006
dah senyap sunyi. org syok layan tido sebab baru jer lepas hujan...

lama aku tak melekat depan komp aku sampai lewat mcm ni. takperla, esok lewat sikit masuk - pukul 9. terpikir sekejap tadi, betul la kita boleh dapat apa yg kita mahu. soalnya bukan dapat atau tidak tapi apa cara kita nak guna utk dapatkan benda tu yg akan tentukan nanti kita layak atau tidak utk jadi pemiliknya... huh? apa yg aku merapu ni?

tup2 tak sedar dah pun masuk hari ke-3 bulan september. tinggal 20 utk hari besar akak aku tu.

ngantuk la... tido dulu!

0

Freeware Oh Freeware!

Posted by Ennosuke Ajibana on Friday, September 01, 2006
sibuk kumpul portable apps jer tadi...

http://kk.hopto.org:8080/wiki/index.php/Portable_USB_Drive_Apps

mula-mula nak cari portable IRC chat client jer. tapi kena pulak nasib aku yg selalu 'nak-lain-tapi-dapat-lain' pastu kena pulak barang best, terus jer memesongkan tujuan asal. lagi best sebab barang FREEWARE.

tekejut sekejap tadi blh dapat dload rate sampai 104kb/s. huhu.. kalau la selalu mcm tu kan best!

anak buah aku asyik nangis dari tadi. kesian dia, kena demam sebab gigi baru nak tumbuh. best budak ni... tiap kali aku balik dari keja mesti dia gi beranda rumah jemput uncle dia balik. kadang2 minta angkat... 7 haribulan ni baru dia nak celebrate 1st birthday dia.

"Duimian de nuhai kanguolai" <--ntah aper maksud dia tapi lagu dia beshh! hehe...

0

31 Ogos Yg Tak Merdeka...

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, August 31, 2006
Huhu... dah 2 kali aku sambut 31 Ogos kat tempat kerja ni... tensen!

Aku baru jer update template blog ni. Smooth sikit. Dah tukar template lama yg "maskulin" dulu tu sebab takleh view dgn betul kat dlm browser 'musang berapi'.

Semalam tak gi mana2. Duduk rumah jer layan komputer aku. Install balik GRUB sebab aku dah format partition windows & sumbat balik XP. E-Lam call dekat pukul 12 dlm aku dekat nak blackout. Mula2 tak berapa cam suara dia sebab mcm org kena selesema. Dia pun tengah boring takda plan. Tak sempat aku nak tanya banyak2, line putus. Aku rasa kredit dia abis. Jauh tu nak call dari Kuching ke Tawau. Kesian dia...

Malas nak keluar lunch tadi sebab pukul 2 nanti dah nak balik. Lagi, matahari tu macam nak kupas jer kulit aku yg memang dah kurang isi ni. Hari makin panas, gula kat kedai makin kurang... Kawan aku yg kerja kat kedai bagitau yg org nak beli gula 1Kg pun kena pakai IC. Pergh!

Tak sabar nak balik rumah... nak makan!

0

Kenapa mesti malu?

Posted by Ennosuke Ajibana on Wednesday, September 07, 2005
Ari ni mood mandom semacam jak (walaupun hampir tiap masa mcm ni). Mungkin sebab cuaca panas (alasan pertama), atau mungkin sebab bosan (pun alasan jugak) ataupun memikirkan masalah yg memang dah lama terpikul atas bahu aku (ermm, ni mcm alasan kukuh...)
Kat tmpt kerja skrg ni. Customer takda, kerja/service takda. Duduk jer menghadap komputer ni dari pagi tadi. Tadi baca blog afdlin shauki (selambakodok). Kepala otak dia ni memang aku respek sangat sebab dia boleh fikir 'out of the box'. Buat album (FUYOO!! <- ni tajuk album dia la, bukan aku sorak 'fuyoo') pastu dia send free of charge. Dengar dulu, kalau korang minat baru bayar. Tu pun ikut suka ati nak bayar braper. Kalau korang rasa album tu layak dpt RM10 korang bagi la RM10. Kira cam Open Source Software pulak. Tapi tetap RESPECT kat dia ni!
Mcm mana la aku nak menghadap dunia kalau kepala aku asyik tertunduk-tunduk jer tiap masa. Member aku, Maman Kechik, pernah cakap - "Biar kita tunduk tapi jangan minta pijak. Kita tunduk menanduk!" Tu pun sorang lagi member best aku yg dah lose contact. Nasib baik tak lose contact lense... hehe...
Hidup aku poyo jer (walaupun ader yg tak setuju kalau aku cakap camni). Dah tiap ari mcm robot. Bangun pagi -> sarapan -> mandi -> gi kerja -> balik kerja -> minum petang (sambil tgk simpson) -> lepak dpn komp (kadang gi mandi) -> mkn malam -> tido. Esok pun camtu gak.
Opp, sorang customer masuk... punya slow dia bercakap, beli sebijik floppy drive. Tadi sorang awek dtg suruh cek usb hub dia yg takleh guna. Masa cucuk kat komp ni selamber pulak dia detect pastu blh baca thumbdrive. Huh, sah, komputer awek tu yg problem. Budak uitm tapi baju dia tadi ader tulis skola kuhara. Bekas budak sana ler tu. Lawa gak, puteh molek tapi body gempal sket la. Datang ngan mak dia siap speaking omputeh sket-sket lagi...
Biler la nak bagi gaji ni. Sepatutnya ari ni dah gaji...

0

Al-Kisah Tekak Gatal...

Posted by Ennosuke Ajibana on Sunday, August 14, 2005
Fuh... ingatkan blog aku ni dah berkubur! Kononnya takda masa la tu nak isi. Ceh, ceh, ceh... Dulu pun aku selalu cakap ngan member : "Cuma orang yang dah meninggal jer yang takda masa..." Bukan apa, banyak lagi kena fikir. Kerja satu, org minta tolong buat assignment satu, bersantai lagi satu, tengok tv pun satu lagi. Nah, banyak tu!

Sekarang ni tengah menunggu untuk gi mandi. Awal lagi ni, baru pukul 7:51 pg. Masuk kerja ari ni pukul 9. Tiap hari kerja. Sabtu pun full day, minggu kerja 1/2 hari. Sabtu pertama ngan ketiga balik pukul 3. Nak gi gunting rambut pun aku tak sempat. Apo da...

Semalam dapat hard disk dari Uncle Boy. Boleh gak aku ganti hard disk 2.1 Gb aku yg tengah nazak ni. Kesian dia, berkhidmat hingga ke bunyi platter yang terakhir. Tapi masa aku buat HD Regenerator takda pulak jumpa bad sector. Sihat walafiat walaupun mengeluarkan bunyi-bunyi yang aneh. Tak jumpa awek lagi tapi member komputer aku makin banyak kumpul. Aku nak menuntut lagi banyak-banyak sebelum berjuang sendiri...

Dah tengok Initial-D. Wah, best! Aksi best, storyline best (walaupun kadang ader gak glitch yg kecik dlm jalan cerita tu) Anne Suzuki pun best. Comel siut... Cuma Jay Chou aku tengok tak berapa boleh bawa watak Takumi Fujiwara tu. Ok ler, cuma kaku sket. Edison Chen tu ok, cool jer. Nak tunggu CD yang blank hantar ni. Initial-D anime 1st stage.

2 minit pukul 8. Nak gi mandi dulu...

0

Unproductive day...

Posted by Ennosuke Ajibana on Saturday, May 07, 2005
hujan jer satu hari... memaksa aku jadi pemalas! tadi buat assignment kak diana. baru siap satu unit. ader la dlm 3-4 unit lagi nak siapkan dlm 2 minggu ni. pastu ader lagi authorware tu. mati nak siapkan...

"tu la santai lagi..."
"biarlah, bukan aku punya pun!"
"ek-eh, sedapnya! tapi org nak suruh buat assignment tu. dia bayar pulak tu"
"tapi belum dpt duit lagi, kan?"
"mcm mana nak dpt duit kalau belum siap, badigol?"

dah berenti keja akhirnya... tapi gaji aku blum masuk lagi. aku pun tak ingat dah berapa balance gaji aku yg belum bayar. duit kat maybank asyik kena korek jer. fulus makin kurang, tak lama lagi mampus...

apsal hari ni malas aku melebih-lebih pulak? ni nak tulis blog pun bukan main malas. cam terpaksa pulak... apa la....

0

Peristiwa Malas & Sakit Gigi...

Posted by Ennosuke Ajibana on Monday, April 04, 2005
[opis...]

gigi aku sakit sejak semalam (ker malam sebelum tu? atau sebelum tu lagi?tak ingat...) ari tu aku cek takda gak lubang atau apa. aku rasa penyakit memang minat kat aku la. lepas sembuh satu, satu pulak lagi datang. huh!

Nin dah balik dari kl. dah abis pun degree dia secara official (mengikut cara dia bagitau semalam). ak ah, semalam dia call tanya betul ker aku yg nak kawin. untung ler semalam aku takda mood nak menipu so, aku cakap la akak aku yg nak kawin sebenarnya. "Serius?" dia cakap. Aku tak dengar jelas, "Akak aku la nak kawin, bukan aku." dia cakap lagi "Bukan, serius ker dia nak kawin?" Ye la, mesti la serius nak kawin. dia bukan budak kecik boleh main kawin-kawin lagi (ni aku tak cakap kat dia la). "Ak ah. Serius" . So, dia tanya bila & di mana & dia tanya siapa yg patut dia bawa nanti? Aku cakap bawa ler 'abang' ko. Haha, gelak la pulak bekas awek aku ni. Naper?

Ikut mood, makin hari makin la besar malas aku nak kerja. Sibuk ngan Kanotix pulak sekarang ni (nak belot ngan Slackware ker? hehe... takder la, sesaja jer ni. command pun boleh guna kat Slackware jugak kan? ni kira cari pengalaman dari Kanotix la baru guna kat Slackie. Slackie punya tuts kurang ler...)Semalam dah setup XMail (mail server). Dah run tapi aku saspek ader error sebab dia tak tulis pun "XMail started..." masa aku taip /etc/init.d/xmail start tu. Hermm, nak belek sikit kat putera.com si Oshiri punya tutorial ni. KMail aku pun tak jalan masa nak antar. Dia cakap sendmail ader problem. Betul pulak aku dah tukar sendmail lama guna xmail punya sendmail tu. mejik betul...

Lepas ni aku plan nak susun setup Webmail, pastu buat ftp, pastu proxy atau apa-apa yg berkaitan la. Nanti kalau dah pasang 'Seterimik' baru la setting Firewall atau apa.

Dah, perut aku pulak nak join menyakitkan aku. Woih, dah la woi, aku surrender...
Ni ha, Hiten Mithsurugi Kenshin Style...


0

Perut Aku Berlagu...

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, March 31, 2005
[opis lagi...]

Lapar plak... adei, sarapan tadi pun 2 keping roti jer ngan milo. mak ada kat umah, so makan sedap jer tiap ari :P. Ari ni dah 31, so tinggal 16 ari jer lagi utk hari besar kakak aku tu. Tak sabar... (apsal tak sabar arr? Tak sabar nak jumpa ngan awek ker? Haha...)

Ari ni dan hari sblm-sblm ni, nak concentrate ngan Knoppix ni pulak. Dah pasang kat box aku semalam tapi memang makan memori gila babas. Tak cam faveret aku si Slackie tu. Smooth jer pastu features pun ok. Tapi aku takkan jadi budak yg tak tau untung just padam & reinstall kalau tak dpt setting. Tu kerja budak kecik tu. Aku nak usaha utk tengok sampai mana aku boleh capai. Skrg ni pun tgh buat note dari Putera.com. Ramai otai Linux kat sana & kalau tak cukup lagi boleh gi ittutor.net punya forum.


Pasni, nak try Slax pulak. Baru burn tadi. Waa... lapar...!!

0

Good Friday...

Posted by Ennosuke Ajibana on Friday, March 25, 2005
[bilik aku]

Pers time aku ingat Good Friday hujan. Biasanya panas menggigit jer. Gi church tadi lepas repair kerja Kak Lily sikit (data key in utk maklumat murid).Dulu, masa kecik-kecik, aku rasa religous sesangat. Tiap kali Good Friday, aku cam rasa gelap jer. Aku biasa rasa benda ni kalau ader org meninggal. Kadang cam alam ni rasa merah, kadang cam rasa hari gerhana. Then, kalau masa mass tu, org, choir, semua nyanyi lagu sedih (tanpa iringan alat muzik cam biasa) rasa betul-betul cam hadiri satu mass for the dead. Ingat lagi masa gi mass my late classmate & friend, Marciano Domingo (God Bless Upon His Soul), org nyanyi lagu latin. Syahdu & memang sedih giler. Masa tu, tak kira laki ker pompuan, islam or christian or chinese or hindu, semua pay their last respect ngan rasa yg melankolik abis.
But, Good Friday is different. Very different. Kalau org lain, yg kebetulan lalu kat luar gereja tadi & nampak perarakan (procession utk Station Of The Cross) mesti diaorang hairan & tanya "Sapa meninggal?". Then, kalau soalan tu kena kat aku, aku sure balas... "My Lord, My Christ, Tuhan aku... Jesus Christ!".Tadi, masih dpt rasa lagi gerhana kematian tu...
Aku dah abis tengok video tutorial utk Linux. Ader la dpt sikit cam setting samba, alias utk command, gabung command cam find & grep utk cari fail, vi editor, bla-bla-bla dan bla... Plan nak up satu linux server tapi kena cari monitor or at least 'kerajinan' utk membuat server tu. Aku plan nak pasang lagi Slackie 9.1 kat box lama tu. Pastu cucuk modem SM56 pci aku kat situ, kacau setting sikit sebab aku dah jumpa setting utk enablekan winmodem ni kat Slackie 9.1. Kat box yg aku tengah pakai sekarang ni aku nak pasang external atau mungkin satu ari, aku nak pasang Streamyx (mampu ker aku ni arr? :P)Kay la, sakit perut, nak bagi satu gambar lagi ari ni.
Tajuk:Hopeless. Cantik aku tengok con merah ngan putih.
Cheerzz~!!



0

Good Friday Eve... Esok Cuti!

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, March 24, 2005
[ bilik aku lagi... ]

Semalam lepak rumah rijal. Jumpa plak CD Eiffel...I'm In Love. Huh, 2 bintang jer aku bagi filem ni (setakat ni ler sebab aku blm abis tengok lagi). Walaupun aku tengok budak pompuan heroin tu (Shandy Aulia) kiut cam anak patung idup, tapi underage ler '(-_-). Aper la direktor dia ni, dah takda pelakon matang sket cam Dian Sast ker kat Indon tu?Punya la byk aku nak komen pasal filem ni (dah bagi 2 bintang jer mestilah byk nak komen) siap tulis dlm notepad aku lagi. Haha, ada bakat jadi pengkritik filem! Ok, ready... go! Das pertama, apsal la direktor ni bagi budak bawah umur tu pegi ciom budak lelaki hero yg poyo tu? Weih, against the law tu! Bukan maksud aku against the law sebab hero tu poyo, tapi tu dah kira underage sex tu. Ni naper? Nak tiru AADC ker ni? Lantas, memberikan aku kesimpulan bahawa budak sekolah menengah kat Indon blh senang-senang nak gi berpeluk cium kat sekolah tanpa kena sebat.Das kedua, byk betul adegan tak blh masuk dlm kepala logik aku. Driver Tita (heroin underage tu la) blh muncul tiba-tiba masa dia terlanggar ngan Adit (hero poyo, botak, kontrol macho tapi ekceli tak macho pun, tak pandai bawak keta, lagak jer lebih) sedangkan aku tengok Tita cam jauh jer dia lari masa nak gi cari hero yg hilang kat airpot tu. Superman ker Suparman driver dia tu? Masa sorang lagi budak pompuan (rival si heroin) call stesen radio utk tujukan lagu (sebenarnya nak sakitkan ati Tita jer, kan?) camana pulak budak tu tau rancangan tu tgh ke udara (on air) masa tu? Dia takda pulak aku tengok pegang walkman atau radio ker tapi boleh pulak jadi 1st caller. DJ tu kakak dia ker?Das kedua, ketiga dan seterusnya aku simpan utk malam ni. Nak tgk jugak camana ending citer tu & tambah kritikan aku. Haha...

0

Ayoo, amma!!

Posted by Ennosuke Ajibana on Wednesday, March 23, 2005
[opis...err... bos aku punya opis, bukan aku punya!]

hermm, aku terpikir gak tadi samada nak edit jer post aku sebelum ni atau post baru. sebab last post aku adalah pagi tadi. ceh, rajin konon ni. memang camtu! biasa pun camtu! benda baru, mesti semangat sikit.

baru jer lepas balik makan MEE TAUHU! Wah, best! Makan free, mana tak best? Haha... gelak ler, gaji aku belum abis bayar pun lagi. Ha, gelak lagi!

Wah, sakit! Sampai bila nak tahan camni. Last-last mesti memberontak gak satu ari ni. Skrg ni pun dah stat naik kepala... peduli lah!

0

U r my sunshine, my only sunshine!

Posted by Ennosuke Ajibana on Wednesday, March 23, 2005
[umah aku, bilik aku]
AdOii!

Perut sakit, badan lembik, mata ngantuk! Semalam 'overtime' sikit nak siapkan theme blogger ni. Aku ceduk jer dari site Karysima (betul ker ejaan nama dier ni? Aku ader gak letak link dia kat tepi bawah tu ngan kat copyright section aku kat hujung bawah nun...)
Terkejut gak pepagi ni sebab bapa aku cakap dia nak gi 'melancong' kat Kongsi 10. Huh? Kongsi 10?? Tu tempat... Dia tanya kat ner tempat tu? Aku cakap ambik jer bas kat stesen, sebelah bas Taman Semarak. Ader bas mini 3/4 buah ngan bas besar 2 buah. Dia cakap nak gi tengok tanah kat sana sebab kawan dia (tak silap aku nurse yg tolong sambut member aku, Ivy masa lahir dulu) ader tanah kat sana. 'Hope-hope' taklah dekat ngan tanah si...
Aku belum burn lagi CD Mansur ni - Mereka Kembali...2-Tangisan Bayi Dari Kubur. Citer Indon. Ntah, cam citer antu jer ni, ader gambar baby brutal skit ngan taring pastu ader 2 mamat berbungkus (antu pocong ker?) apit dier kat kiri kanan. Pelakon aku tak kenal sorang pun tapi citer antu indon ni seram skit banding citer m'sia. Ermm, nantilah aku tengok citer ni.
Pasal site ni, aku ingat nak design skit ngan Javascript. Taruk jam ker, kalendar ker. Biar lawa skit. Kakakdegil nyer blog aku tengok lawa gak. Bleh tahan ler.Cuma resolution expected tu mesti 1024x768. Aku pakai 800x600 jer.
Toksah pikir pasal kerja ari ni. Just gi jer. Nanti malas pulak nak turun. 1, 2, 3... jom gi mandi!!


p/s: aku teringin sangat nak post gambar kat sini. so, ari ni, budak tiup belon buih ni & eherm, eherm.... :P

    
cheerz~~!!


1.. 2.. 3.. huh?

Posted by Ennosuke Ajibana on Tuesday, March 22, 2005
elop!

pers time ber blog-blog ni. sajer jer ter'follow' link sorang mamat kat ittutor.net tu. ni ruangan nak meluahkan perasaan ker? rasanyer tak lah... sebab nanti, mesti nak promote benda ni kat kengkawan suruh tengok (perkara biasa...)

nantilah, aku add post kat sini. ni pun sajer jer nak tengok preview camner kalau dah post...

Copyright © 2009 ~/blog All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.