0

Good Friday Eve... Esok Cuti!

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, March 24, 2005
[ bilik aku lagi... ]

Semalam lepak rumah rijal. Jumpa plak CD Eiffel...I'm In Love. Huh, 2 bintang jer aku bagi filem ni (setakat ni ler sebab aku blm abis tengok lagi). Walaupun aku tengok budak pompuan heroin tu (Shandy Aulia) kiut cam anak patung idup, tapi underage ler '(-_-). Aper la direktor dia ni, dah takda pelakon matang sket cam Dian Sast ker kat Indon tu?Punya la byk aku nak komen pasal filem ni (dah bagi 2 bintang jer mestilah byk nak komen) siap tulis dlm notepad aku lagi. Haha, ada bakat jadi pengkritik filem! Ok, ready... go! Das pertama, apsal la direktor ni bagi budak bawah umur tu pegi ciom budak lelaki hero yg poyo tu? Weih, against the law tu! Bukan maksud aku against the law sebab hero tu poyo, tapi tu dah kira underage sex tu. Ni naper? Nak tiru AADC ker ni? Lantas, memberikan aku kesimpulan bahawa budak sekolah menengah kat Indon blh senang-senang nak gi berpeluk cium kat sekolah tanpa kena sebat.Das kedua, byk betul adegan tak blh masuk dlm kepala logik aku. Driver Tita (heroin underage tu la) blh muncul tiba-tiba masa dia terlanggar ngan Adit (hero poyo, botak, kontrol macho tapi ekceli tak macho pun, tak pandai bawak keta, lagak jer lebih) sedangkan aku tengok Tita cam jauh jer dia lari masa nak gi cari hero yg hilang kat airpot tu. Superman ker Suparman driver dia tu? Masa sorang lagi budak pompuan (rival si heroin) call stesen radio utk tujukan lagu (sebenarnya nak sakitkan ati Tita jer, kan?) camana pulak budak tu tau rancangan tu tgh ke udara (on air) masa tu? Dia takda pulak aku tengok pegang walkman atau radio ker tapi boleh pulak jadi 1st caller. DJ tu kakak dia ker?Das kedua, ketiga dan seterusnya aku simpan utk malam ni. Nak tgk jugak camana ending citer tu & tambah kritikan aku. Haha...

0 Comments

Copyright © 2009 ~/blog All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.