0

Perut Aku Berlagu...

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, March 31, 2005
[opis lagi...]

Lapar plak... adei, sarapan tadi pun 2 keping roti jer ngan milo. mak ada kat umah, so makan sedap jer tiap ari :P. Ari ni dah 31, so tinggal 16 ari jer lagi utk hari besar kakak aku tu. Tak sabar... (apsal tak sabar arr? Tak sabar nak jumpa ngan awek ker? Haha...)

Ari ni dan hari sblm-sblm ni, nak concentrate ngan Knoppix ni pulak. Dah pasang kat box aku semalam tapi memang makan memori gila babas. Tak cam faveret aku si Slackie tu. Smooth jer pastu features pun ok. Tapi aku takkan jadi budak yg tak tau untung just padam & reinstall kalau tak dpt setting. Tu kerja budak kecik tu. Aku nak usaha utk tengok sampai mana aku boleh capai. Skrg ni pun tgh buat note dari Putera.com. Ramai otai Linux kat sana & kalau tak cukup lagi boleh gi ittutor.net punya forum.


Pasni, nak try Slax pulak. Baru burn tadi. Waa... lapar...!!

0

Good Friday...

Posted by Ennosuke Ajibana on Friday, March 25, 2005
[bilik aku]

Pers time aku ingat Good Friday hujan. Biasanya panas menggigit jer. Gi church tadi lepas repair kerja Kak Lily sikit (data key in utk maklumat murid).Dulu, masa kecik-kecik, aku rasa religous sesangat. Tiap kali Good Friday, aku cam rasa gelap jer. Aku biasa rasa benda ni kalau ader org meninggal. Kadang cam alam ni rasa merah, kadang cam rasa hari gerhana. Then, kalau masa mass tu, org, choir, semua nyanyi lagu sedih (tanpa iringan alat muzik cam biasa) rasa betul-betul cam hadiri satu mass for the dead. Ingat lagi masa gi mass my late classmate & friend, Marciano Domingo (God Bless Upon His Soul), org nyanyi lagu latin. Syahdu & memang sedih giler. Masa tu, tak kira laki ker pompuan, islam or christian or chinese or hindu, semua pay their last respect ngan rasa yg melankolik abis.
But, Good Friday is different. Very different. Kalau org lain, yg kebetulan lalu kat luar gereja tadi & nampak perarakan (procession utk Station Of The Cross) mesti diaorang hairan & tanya "Sapa meninggal?". Then, kalau soalan tu kena kat aku, aku sure balas... "My Lord, My Christ, Tuhan aku... Jesus Christ!".Tadi, masih dpt rasa lagi gerhana kematian tu...
Aku dah abis tengok video tutorial utk Linux. Ader la dpt sikit cam setting samba, alias utk command, gabung command cam find & grep utk cari fail, vi editor, bla-bla-bla dan bla... Plan nak up satu linux server tapi kena cari monitor or at least 'kerajinan' utk membuat server tu. Aku plan nak pasang lagi Slackie 9.1 kat box lama tu. Pastu cucuk modem SM56 pci aku kat situ, kacau setting sikit sebab aku dah jumpa setting utk enablekan winmodem ni kat Slackie 9.1. Kat box yg aku tengah pakai sekarang ni aku nak pasang external atau mungkin satu ari, aku nak pasang Streamyx (mampu ker aku ni arr? :P)Kay la, sakit perut, nak bagi satu gambar lagi ari ni.
Tajuk:Hopeless. Cantik aku tengok con merah ngan putih.
Cheerzz~!!



0

Good Friday Eve... Esok Cuti!

Posted by Ennosuke Ajibana on Thursday, March 24, 2005
[ bilik aku lagi... ]

Semalam lepak rumah rijal. Jumpa plak CD Eiffel...I'm In Love. Huh, 2 bintang jer aku bagi filem ni (setakat ni ler sebab aku blm abis tengok lagi). Walaupun aku tengok budak pompuan heroin tu (Shandy Aulia) kiut cam anak patung idup, tapi underage ler '(-_-). Aper la direktor dia ni, dah takda pelakon matang sket cam Dian Sast ker kat Indon tu?Punya la byk aku nak komen pasal filem ni (dah bagi 2 bintang jer mestilah byk nak komen) siap tulis dlm notepad aku lagi. Haha, ada bakat jadi pengkritik filem! Ok, ready... go! Das pertama, apsal la direktor ni bagi budak bawah umur tu pegi ciom budak lelaki hero yg poyo tu? Weih, against the law tu! Bukan maksud aku against the law sebab hero tu poyo, tapi tu dah kira underage sex tu. Ni naper? Nak tiru AADC ker ni? Lantas, memberikan aku kesimpulan bahawa budak sekolah menengah kat Indon blh senang-senang nak gi berpeluk cium kat sekolah tanpa kena sebat.Das kedua, byk betul adegan tak blh masuk dlm kepala logik aku. Driver Tita (heroin underage tu la) blh muncul tiba-tiba masa dia terlanggar ngan Adit (hero poyo, botak, kontrol macho tapi ekceli tak macho pun, tak pandai bawak keta, lagak jer lebih) sedangkan aku tengok Tita cam jauh jer dia lari masa nak gi cari hero yg hilang kat airpot tu. Superman ker Suparman driver dia tu? Masa sorang lagi budak pompuan (rival si heroin) call stesen radio utk tujukan lagu (sebenarnya nak sakitkan ati Tita jer, kan?) camana pulak budak tu tau rancangan tu tgh ke udara (on air) masa tu? Dia takda pulak aku tengok pegang walkman atau radio ker tapi boleh pulak jadi 1st caller. DJ tu kakak dia ker?Das kedua, ketiga dan seterusnya aku simpan utk malam ni. Nak tgk jugak camana ending citer tu & tambah kritikan aku. Haha...

0

Ayoo, amma!!

Posted by Ennosuke Ajibana on Wednesday, March 23, 2005
[opis...err... bos aku punya opis, bukan aku punya!]

hermm, aku terpikir gak tadi samada nak edit jer post aku sebelum ni atau post baru. sebab last post aku adalah pagi tadi. ceh, rajin konon ni. memang camtu! biasa pun camtu! benda baru, mesti semangat sikit.

baru jer lepas balik makan MEE TAUHU! Wah, best! Makan free, mana tak best? Haha... gelak ler, gaji aku belum abis bayar pun lagi. Ha, gelak lagi!

Wah, sakit! Sampai bila nak tahan camni. Last-last mesti memberontak gak satu ari ni. Skrg ni pun dah stat naik kepala... peduli lah!

0

U r my sunshine, my only sunshine!

Posted by Ennosuke Ajibana on Wednesday, March 23, 2005
[umah aku, bilik aku]
AdOii!

Perut sakit, badan lembik, mata ngantuk! Semalam 'overtime' sikit nak siapkan theme blogger ni. Aku ceduk jer dari site Karysima (betul ker ejaan nama dier ni? Aku ader gak letak link dia kat tepi bawah tu ngan kat copyright section aku kat hujung bawah nun...)
Terkejut gak pepagi ni sebab bapa aku cakap dia nak gi 'melancong' kat Kongsi 10. Huh? Kongsi 10?? Tu tempat... Dia tanya kat ner tempat tu? Aku cakap ambik jer bas kat stesen, sebelah bas Taman Semarak. Ader bas mini 3/4 buah ngan bas besar 2 buah. Dia cakap nak gi tengok tanah kat sana sebab kawan dia (tak silap aku nurse yg tolong sambut member aku, Ivy masa lahir dulu) ader tanah kat sana. 'Hope-hope' taklah dekat ngan tanah si...
Aku belum burn lagi CD Mansur ni - Mereka Kembali...2-Tangisan Bayi Dari Kubur. Citer Indon. Ntah, cam citer antu jer ni, ader gambar baby brutal skit ngan taring pastu ader 2 mamat berbungkus (antu pocong ker?) apit dier kat kiri kanan. Pelakon aku tak kenal sorang pun tapi citer antu indon ni seram skit banding citer m'sia. Ermm, nantilah aku tengok citer ni.
Pasal site ni, aku ingat nak design skit ngan Javascript. Taruk jam ker, kalendar ker. Biar lawa skit. Kakakdegil nyer blog aku tengok lawa gak. Bleh tahan ler.Cuma resolution expected tu mesti 1024x768. Aku pakai 800x600 jer.
Toksah pikir pasal kerja ari ni. Just gi jer. Nanti malas pulak nak turun. 1, 2, 3... jom gi mandi!!


p/s: aku teringin sangat nak post gambar kat sini. so, ari ni, budak tiup belon buih ni & eherm, eherm.... :P

    
cheerz~~!!


1.. 2.. 3.. huh?

Posted by Ennosuke Ajibana on Tuesday, March 22, 2005
elop!

pers time ber blog-blog ni. sajer jer ter'follow' link sorang mamat kat ittutor.net tu. ni ruangan nak meluahkan perasaan ker? rasanyer tak lah... sebab nanti, mesti nak promote benda ni kat kengkawan suruh tengok (perkara biasa...)

nantilah, aku add post kat sini. ni pun sajer jer nak tengok preview camner kalau dah post...

Copyright © 2009 ~/blog All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.